IPOH: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing berusia 17 dan 18 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat.
"Motosikal yang ditunggang dari arah Chemor itu telah bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta saksi kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Apr 17 2024
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. - Gambar/ Ihsan pembaca
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.
Pekerja am maut dirempuh kereta dipercayai langgar lampu isyarat merah
Lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu, dalam perjalanan dari arah Lundang ke bulatan Chempaka.
Lelaki maut langgar lampu isyarat merah di simpang empat
Muhamad Hanis yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di lokasi kejadian.
Pemandu bas ekspres main telefon, langgar lampu merah
Kesalahan itu dikesan hasil penyamaran sebagai penumpang bagi perjalanan bas ekspres dari Ipoh menghala selatan dan utara.